Wednesday, June 8, 2011

Tanah seplastik Rm2

Adoi.. Tanah pun nak beli. Apa boleh buat, Semua ini disebabkan hampir 90% halaman rumah dah disimen. Aku pun terpaksalah berkebun menggunakan kaedah pasu. Lagipun aku rasa tanah yang dibeli lagi subur dari tanah kat rumah tu.

Aku pun tak tahu apa jenis tanah yang aku beli. Lupa pula nak tanya makcik tu. Apa yang aku perasan, tanah itu dicampur dengan hampas padi dan aku pun tak tahu apa fungsi hampas padi itu. Semberono jak aku beli. Kah..Kah..Kah..

Tapi yang buat aku tambah tertarik nak beli balik tanah tu ialah apa yang aku lihat tanaman ku makin subur dan subur. Huh. Berharga Rm2 seplastik dan boleh digunakan dalam anggaran 5 buah pasu yang bersaiz sederhana.
Tanah yang ku beli.

Bunga Daisy Merah

Inilah Pokok bunga pertama yang aku miliki. Bunga Daisy milik aku berwarna merah terang. Memang sangat cantik. Aku beli kat Tamu juga.. hehehehe. Harga pokok bunga nie + pasu dia ialah Rm10. Mahal juga yah. So aku pun runding dengan penjual bunga tue dan finally aku dapat bunga tue dengan harga Rm8.

Aku beli jerlah lagipun banyak anak pokok disekeliling pokok induk itu. Yang tak bestnya, malamnya pokok bunga daisy ku yang induk dah tercabut..Isk..isk..isk.. Sedih rasa hati ini. Harap-haraplah anak-anak dia survive.

Oh ya, aku ada cuba pindah anak pokok Daisy. Memula sekadar nak main-main. Tetiba pula hidup fuh.. Macam tak percaya. Tapi Bunga Daisy ini memang senang nak hidup. Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia tanaman nie macam aku, rasanya sesuai sangat kot.

Semoga pokok bunga Daisy ku nie hidup subur dan tak terkubur..

Time memula beli..04 june 2011... Love u My Daisy

3 pokok cili untuk RM5

Ahad yang lepas, seperti biasa aku jalan-jalan kat Tamu Gaya Street with daddy Haiqal. Niat hati memang nak beli tumbuh-tumbuhan yang best dan berguna. Setelah round-round, pusing-pusing, pening-pening dan fikir-fikir. Finally aku beli satu pasu pokok cili berharga RM5.

Yang bestnya time aku sampai rumah. Baru aku perasan yang satu pasu tue ada 3 pokok cili. 
1. Pokok cili putih    ---> bahasa irranun "Luya Betek" + banyak cili
2. Pokok cili Hiasan ---> Kaler purple + ada dua cili.
3. Pokok cili putih    ---> Baru nak berbuah.

Kira untunglah aku bab beli satu percuma 3. Aku dah pisah-pisahkan pokok cili tue. So sekarang aku memiliki 3 pasu pokok cili. Yang bestnya semalam(08.06.2011) aku tengok dah banyak dah cili. Tak sabar hati ini nak tuai. hehehehehe..

Jimat juga seringgit dua.. Yes..Yes.
Harap-haraplah anak buah ku tak terbalikkan pasu aku tue.. huhuhuhu.

Jerangau Merah akhirnya kau ku temui

Hari Ahad hari yang ditunggu untuk bersama dengan keluarga... Hari ini jerlah dapat spend masa yang berkualiti with my husband and my prince Haiqal. Aku pun bawa daddy haiqal with haiqal jalan-jalan pi tamu gaya street.

Sedang aku mencuci mata.. tetiba terlihat sejenis pokok dan daunya kelihatan macam Jerangau. Aku pun menghampiri pokok tue dan bertanya ini pokok apa?.. Dia cakap Jerangau..Then aku tanya lagi Jerangau apa?.. Jerangau merah. Aku pun beli lah terus. Harganya RM5 sepolibeg.

Sebenarnya dah lama aku cari Jerangau Merah nie. Why???... bab nak buat ubat. Lagipun rumah yang tanam jerangau bagus kerana dikatakan benda halus tak suka bau jerangau nie. Apa-apa pun hanya allah yang lebih mengetahui. Finally aku dah ada JERANGAU MERAH.

INFO : Dalam bahasa irranun jerangau dipanggil "KARUMENGA" tapi aku tak pasti ejaan sebenar camner.

Wednesday, March 30, 2011

Pelancaran blog tumbuh-tumbuhanku

Today 30 March 2011 tercetuslah ilham untuk aku membuat blog mengenai tumbuh-tumbuhan.

20 tumbuh-tumbuhan yang harus aku ada ialah :

1. Kaktus.
2. Jerangau merah.
3. Jerangau putih.
4. Limau nipis
5. Cekur.
6. Kunyit.
7. Halia
8. Bunga 3 Bulan. 
9. Sireh
10. Serai
11. Pandan
12. Lada
13. Lidah buaya
14. Pokok Cili
15. Bunga Melur
16. Sundal Malam
17. Lidah jin
18. Bunga kertas
19.Tomato
20. Pokok Bunga Daisy